Tuesday, April 29, 2008

JADUAL PENGHANTARAN JELLY

Tempahan2 yg akan dihantar :
awek kota - khamis pg
bukit subang - khamis t/hari
emr cafe, mad noor, adam - khamis t/hari
surau almahdi - khamis mlm (utk baca yasin)
kak long - khamis pg
cikgu usj - subuh ahad


Tempahan masih dibuka utk weekend. kapasiti production akan ditingkatkan
2 kali ganda (esp utk weekend) utk memenuhi permintaan semua pelanggan.
diharap semua bersabar.

Terima Kasih Cikgu

Alhamdulillah baru dpt order drp cikgu@usj utk hari sukan, insyaallah saya akan pastikan quality & servis terbaik utk cikgu.

Meh Ke Surau AlMahdi Malam Jumaat Ni

Assalamualaikum,

Sapa2 yg duduk kat sekitar Bukit Subang, dijemput dtg ke surau al mahdi pada mlm jumaat ni untuk sama2 baca yassin. insyaallah, mlm tu sy akan menyumbang jelly kelapa. sama2 cuba rasa, kalau sedap alhamdulillah, kalau tak sedap bagitau kami, blh diperbaiki.

Sunday, April 27, 2008

PERNIAGAAN : SATU PERJALANAN

Perniagaan Jelly Kelapa adalah suatu perjalanan yang masih panjang. Masih hijau & mentah di pasaran. aku berharap agar perjalanan yang masih panjang ini akan dipermudahkanNya. Idea yang lahir juga datang atas kehendak Allah Ta'ala. Kita sebagai hambaNya tidak punya apa2 melainkan hanya pinjaman untuk sementara sahaja. Aku bersyukur diberikan idea & kekuatan untuk menzahirkannya menjadi sebuah realiti. Aku yakin untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya pasti akan didatangkan dengan pelbagai cubaan & rintangan. Doa dipanjatkan kehadrat Allah Ta'ala agar dipermudahkan perjalanan panjang perniagaan ini.

Tiada siapa yang pasti sampai bilakah sokongan & permintaan terhadap produk ini akan berterusan. Semoga rakan kongsi/para pengedar terus diberikan kekuatan untuk menjadikan perniagaan ini lebih berjaya di masa2 hadapan. Buat isteri & keluarga tercinta, terima kasih kerana memahami aku & tetap memberi sokongan tanpa berbelah bagi atas usahaku selama ini. Kejayaanku adalah kejayaan kita semua, setidak-tidaknya aku dapat menghasilkan satu dessert alternatif yang insyaallah bersih & halal dari seorang muslim kepada muslim yang lain.

Akhir kata "Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" (mafhum Ayat AlQuran)

Wallahu A'lam

TERHARU DGN KONEM MAMAMUDA

aku cm takcaya apa yg aku baca kat forum bj, mamamuda tulis:

petang td singgah la kat thread ni, jeli kelapa...ermm mcm menarik. so since hubby blk ke ipoh n lalu hiway guthrie ni sy pun pesan la beli sate hj samuri n JELI KELAPA.

smpi umah ptg td hubby beli 10 jeli kelapa drpd mzwan911. (dlm ati, mak aii ngape beli byk btoi, kang x abih mbazir jek). tp skrg tgl 3 je jeli tu, rasa mcm x ckup la plak.huhuhuhu

tahniah tuk en mzwan911 sbb ada produk baru tuk dipasarkan! family sy sume suka (by rite hubby n kids yakmat memilih psl mknan - kira jeli kelapa ni pass la). jeli ni sdp sbb lembut n ada rasa klapa. isi klapa tu pun lembut jek, jeli pun lembut. x mcm nata de coco, huh kentalll n sy mmg x minat langsung!!!
Reply With Quote

AWEK KOTA DAMANSARA

masa korang order jelly aritu, mcm takut2 je. tapi tak sangka 40 cups senang je nak abiskan. almaklumlah yg jual awek2 jelita, pasti ramai pakwe yang membeli, he he. gurau je ! korang punya order aku akan siapkan cepat skit kalini.

WEEKEND YG BUSY

Alhamdulillah, syukur....., this weekend sambutan jelly kelapa semakin mencanak. abis semua stok yg ada. sample pun abis smua. ada ejen2 yg tak dpt stok. nak buat byk2 takut demand kurang, tak nak simpan stok lama2, nanti tak fresh. Akhirnya, aku pun tak dpt stok, ingatkan nak bukak kat stadium malawati (ada forum perdana ust hassan ali & co). tu la namanya rezki.

dari smlm (sabtu), nak on pc pun tak dan, disebabkan memenuhi permintaan jelly. sale drp ejen smua amat memberangsangkan. madnor, adam, yani, az, zila, along, kak long keramat, ewan, akim - respect kat korang. disebabkan korang dah support biznes jelly kelapa, lepas ni aku janji utk tak akan hampakan order korang. berapa mau, pazti aku akan siapkan ontime, insyaallah.

buat "mamamuda", timakasih bersusah payah suh abang beli utk merasa jelly kelapa yg aku buat, aku baca forum mamamuda, rasa terharu pun ada, rasa sebak pun ada. nnt kalau mamamuda turun kat kedai aku, tepon dulu, aku nak banje mamamuda makan jelly, caya lah!

salam perkenalan "aya6174", duk kat mana? kalau kat area shah alam, senang skit nak bg rasa jelly kelapa ni. aku pasti jelly kelapa ni akan dpt memenuhi permintaan kawasan yg lebih besar dlm sikit masa lagi. insyaallah kita akan improve delivery utk cater lebih ramai org.

Friday, April 25, 2008

AZ & ZILA - TEMPAHAN ANDA DAH READY

buat az & zila, tempahan anda dah ready, tapi memandangkan sekarang dah pukul 3pg, tak sesuai untuk saya anta. esok b4 noon saya akan hantar ke destinasi yang dijanjikan. selamat berniaga jelly kelapa.

respect buat biznes women muda2 mcm korang berdua. semoga berjaya

GREENADE & ARYON - SALAM PERKENALAN

Salam buat anda yang sudi anta message kat inbox BJ dan melawati blog peribadi saya, moga2 kita akan berhubung lebih rapat lagi untuk masa2 akan datang. tanpa mengenali suara & rupa kita masih mampu berbicara walau hanya melalui 'topik jelly kelapa'.

saya berharap bukan hanya kerana 'jelly kelapa' kita akan terus berhubung, tapi mungkin kita boleh berbincang/muzakarah dgn isu2 yng lebih besar/global. itu hanya pandangan peribadi saya.

berbalik pada isu jelly kelapa, saudara berdua amat dialu-alukan untuk menjadi pengedar, saya sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai bisnes jelly ini.

GAMBAR2 JELLY


Ni lah dia signange kedai aku kat guthrie hiway. kalau sesapa kengkawan lalu kat hiway guthri arah utara sudi2 lah singgah untuk hilangkan dahaga & mengubati perassan mengantuk.

JELLY DAH SIAP


Macam nilah rupa bentuk kelapa jelly yang baru siap, baru nak sejuk pastu boleh tutup cup tu & masuk dlm ciller. kalau time bulan posa nengok gamber jelly pun dah terliur, tapi kalau sekarang terliur gak, tepon lah aku, aku boleh bagitu kat mana boleh dptkan jelly kelapa ni.

SAMBUTAN KAT MASJID EHSAN - TIMAKASIH ATAS SEMUA SUPPORT

Assalamualaikum & terima kasih atas sokongan daripada para jemaah masjid ehsan@kelana jaya. seronok tengok pakcik2 dtg beli 5 cup, 6 cup, 2 cup & yang dtang balik beli pun ramai. Alhamdulillah, tak tau nak cakap macamana happy bila tengok 1st day bukak table dah ramai yang beli.

Thursday, April 24, 2008

JELLY KELAPA DAH ADA KAT MASJID EHSAN KELANA JAYA

Good news, sesiapa yang nak try jelly kelapa, boleh lah datang solat jumaat kat masjid ehsan kelana jaya. buat permulaan nak byk stok yang ada kat sana. kalau sambutan menggalakkan bolehlah saya tambahkan quantity pada masa akan datang

SELAMAT DATANG AZ & ZILA

Salam perkenalan dari kami sekeluarga, alhamdulillah korang datg gak kt kedai aku & try jelly as a compliment. Puji lebih2 nampak. aku rasa kalau korang edar kat area kota damansara pun byk tempat yang boleh taruk. bak kata chef li kita 'jadi jutawan senyap' dgn bnykkan vending centre.

akim & iwan, aku terpaksa stay sampai jam 4 pg untuk siapkan tempahan korang. penat2 pun happy gak sbb tak sangka dpt sambutan yg menggalakkan. jap lagi aku sampai kt masjid kj. moga2 bukan korang jual kat masjid ari jumaat je, supply la kat tempat2 lain kat area kj. so far aku tak nampak lagi orang jual jelly kelapa kat sana.

MINUM2 DENGAN BAKAL2 PENGEDAR

insyaallah malam ni ada perjumpaan dengan bakal2 pengedar di sekitar shah alam, nampaknya mereka yang tak sabar2 nak mencuba sendiri jelly kelapa (yg konon2nya sedap gileer). insyallah kalau semua berjalan lancar, mereka akan mula mengedar jelli kelapa dalam waktu yang terdekat.
kadang2 lawak jugak tengok wife saya yang terpinga2 & mcm tak percaya busines jelli berjalan dengan begitu pantas dan dia tak terkejar (disebabkan perutnya yang mulai ........), rezki baby kot!

esok, rancangan untuk membuka meja jualan di masjid seri petaling akan diteruskan. penghantaran untuk beberapa outlet pun akan dibuat pada esok pagi.

jelly + such


Inilah rupa bentuk first draft jenama jely kelapa saya & insyaallah ada banyak lagi jenis2 jelly yg ada perisa bermacam2 yang akan dikeluarkan kemudian.

buat masa ni concentrate dengan jelly kelapa dulu, tapi experiment demi experiment akan terus dijalankan untuk mendapat ramuan terbaik untuk produk2 akan datang.

bak kata orang bukan senang nak jadi senang & bukan susah nak jadi susah. selagi kita yakin & percaya dengan kebolehan diri, insyaallah kejayaan adalah sesuatu yang pasti

BRANDING

Saya telah mulai mereka cipta 'jenama' utk kellapa jelly keluaran saya, bila berkira-kira soal kos printing & branding, saya cuba untuk hold sementara dulu. Tapi dalam diam2 hari ni sahaja dah ada 2 orang baru yang berminat nak menjadi pengedar "wow", menarik juga iklan saya, alhamdulillah.

Idea Business Baru

Alhamdulillah.... idea yang saya cetuskan beberapa minggu lepas telah saya implement dgn wife tanpa melalui banyak rintangan. kerana kesempitan hidup (esp. sbb harga brg2 naik), saya terpaksa mencari cara lain yang dirasakan sesuai utk mencari pendapatan lebih untuk meneruskan sebuah kehidupan.

Dulu mcm2 sy dah cuba (termasuklah MLM), tapi kali ni idea membuat & menjual kelapa jelly nampaknya make sense & very exciting. selepas membuat experiment beberapa hari, saya amat berpuashati dgn hasil tangan kami. so bila jelly kelapa ni masuk kat market (saya letak kat kedai minum saya dulu) respond ok. lepas 3 hari, try hantar di kedai-kedai berhampiran, respond ada yang ok dan ada yang tak berapa ok.

Beberapa pertanyaan saya terima daripada beberapa sahabat/kenalan baru yang berminat untuk mengedarkan jelly kelapa, mereka nampaknya berminat. So, apa yang ditunggu lagi? mulakan 2nd step ke arah jutawan senyap-senyap.

Saya rasa dengan respond yang baik daripada para pelanggan saya boleh jadikan jelly kelapa ni satu produk yang boleh pergi jauh. itulah harapan saya. moga cita-cita saya akan tercapai.