Wednesday, January 21, 2009

BUY 2 FREE 1

PERCUMA!!!!!!

Berita baik utk yg balik kampung melalui hiway Guthrie (GCE). Para pengguna hiway GCE dari arah Shah Alam ke Rawang (PLUS), singgah lah ke kedai saya (EMR Cafe), no. 8, utk menikmati Jelly Kelapa Segar kami. Sempena cuti balik kampung, sy akan "MEMBERI 1 CUP JELLY PERCUMA UNTUK SETIAP 2 CUP JELLY YG DIBELI". Apalagi? marilah ramai2 membeli & tapau bg kt famili kat kampung. Promosi ini sah dari 24/1 hingga 2/2/2009. Hanya di EMR Cafe

Perjalanan Panjang

Salam semua,

Aku benar2 rasa perjalananku hari ini teramat panjang. Bukan hanya gambaran semata, tapi ini adalah sebuah realiti hidup/perjuangan yang akan kita lalui untuk mengejar matlamat yang Agung.

Mungkin sudah tertulis, kenderaan yg aku gunakan setiap hari terpaksa dimasukkan ke dalam wad utk beberapa hari. Maka bermulalah episod aku (seorang pembekal Jelly), menaiki kenderaan awam. Bukan nak berlagak, tapi aku dah lama tak naik. Tapi setidak-tidaknya aku merasai bagaimana org2 yg tak punya kenderaan sendiri bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Mungkin juga telah ditakdirkan bas yg aku tunggu tak sampai2 selepas 2 jam menanti PENUH HARAPAN. Kadang terpacul jugak rasa geram/marah dari sudut hati aku. Pikir2 balik, nak marah kat sapa? nak geram kat sapa?.So, hati aku kembali tenang. Barulah Allah nak duga dengan penantian 2 jam kat ............, bas tak sampai2.

Utk tak nak merumitkan keadaan lagi, aku buat keputusan utk menaiki bas yg hanya melalui hiway yg dekat dgn rumah aku (tak lah dekat sgt dlm 15km je). Keputusan harus dibuat memandangkan waktu dah dekat tengah malam. Lebih bagus drp terlepas semua bas! Alhamdulillah, aku sampai jugak. Oleh kerana dah agak lewat, mungkin dah takdir, aku tak dpt teksi. So, aku kuatkan semangat utk berjalan balik ke rumah. Dengan penuh harapan agar adalah org2 yg simpati/ teksi yg akan berhenti utk mempelawa aku masuk. Oh tidak, takda org yg sudi.... aku berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Aku yakin, walau jauh mana pun matlamat aku, kalau aku terus menerus berjalan, lama-lama akan sampai jua. Setidak-tidaknya setiap langkah yg aku hayun beserta zikir kpd Allah, akan beroleh sesuatu, insyaallah. Aku yakin, waktu itu walau berseorangan di tgh malam gelita, Allah ada sentiasa. Terasa betapa hebatnya PENCIPTA MAKHLUK SEKIAN ALAM, kita? mmg teramat kerdil, terasa mcm tak berdaya diri ini, ini baru cobaan/dugaan yg kecil.


Alhamdulillah selepas 3 jam berjalan berseorangan di tgh2 mlm, aku sampai jugak kat 'istana' aku pada jam 3 pagi. Penat? mst penat, bohong la kalau tak penat. Tapi aku puas, TERLALU PUAS, sbb aku berjaya juga smp ke matlamat aku, yg aku kira terlalu jauh utk aku capai dgn hanya berjalan kaki.

Aku pasti sesuatu kejadian itu ada hikmahnya, perkara yg aku belajar hari ni,
Aku akan istiqamah dlm perjuangan di dalam perniagaan & hidup

Aku bersyukur diberikan nikmat berkenderaan sendiri
Akan 'lebih menghargai' rezki yg Allah beri
Aku bersyukur tak membuang masa menunggu bas
Berjanji dgn diri sendiri utk berjaya dunia & akhirat, agar byk harta utk membantu org2 susah & byk masa utk ibadah & famili

Saturday, January 17, 2009

Jelly @ Seri Selera, TTDI

Alhamdulillah, selepas R&R Hiway GCE, Nasi Ayam Pak Mal dan Salak Tinggi, kini Jelly Kelapa kami blh didapati di Restoran Seri Selera, TTDI. Banyak lagi tempat2 lain yang akan menyusul tidak lama lagi. Terima kasih di atas segala sokongan yang diberikan. Semoga produk ini akan terus mendapat sambutan daripada anda semua.

Friday, January 16, 2009

Selamat Datang ke Dunia Bisnes Jelly Kelapa

Terima kasih kpd puan 'enhesni' kerana berminat dgn bisnes jelly kelapa ni. tempahan puan akan smp spt yg sy janjikan. lepas ni publish la address tapak niaga tu kat cni, manalah tau ada geng2 peminat jelly kat sekitar salak tinggi & ampang. silap2 aribulan dpt byk tempahan utk kenduri kawin. rezki Allah nak bagi mana kita tau.

Harapan saya, semoga berjaya.

Wednesday, January 14, 2009

JELLY KELAPA @ NASI AYAM PAK MAL

assalamualaikum,

Mulai esok, 16/1/2009 (amik berkat hari jumaat), jelly kelapa akan mulai dijual di gerai nasi ayam pak mal, seksyen 11 s alam. kat belakang esso. kalau tinggal/keje kat area s alam mesti tau kedai pak mal kat mana. nasi ayam dia memang power. cuba la try kalau tak caya. sambil2 tu rasa sekali jelly kelapa segar kami. selamat mencuba.

Tuesday, January 13, 2009

Jelly Kelapa masih di sini

Sudah sekian lama tak menulis kat sini. bukan apa, bz skit dgn aktiviti advertising & printing co. aku. drp lps raya smp skrg terlalu sibuk..... alhamdulillah. mmg btul2 cakap dah agak lama tak buat jelly gila2 mcm sblum posa aritu. bulan posa pun tak leh nak janji dgn customer..... dpt baby baru la! so, buat skit2 je utk cater tempahan kenduri kendara je.

Start tahun baru ni nak start balik buat agressive mcm dulu. kitchen dah lebih selesa, tambah staff lagi.... so rasa2nya blh cater order byk2 this time. kalau tak leh cater gak, aku tambah lg sorang/ 2 orang pun blh..... janji masyuk.

Tapi, masyuk/tak masyuk tu sebenarnya bukan keje kita. kita hanya 'buat' apa yg patut kita buat, nak masyuk giler/slow keje Allah Ta'ala. Yg penting rezki 'halal' & 'berkat'. barulah idup bahgia, mkn benda2 halal. Amiiin. (p/s walaupun blum dpt lg sijil hala).

Sapa2 nak buat food testing, dtg la kdai aku kt hiway gce. untung time aku ada kt kdai, blh la banje minum2.