Wednesday, January 21, 2009

Perjalanan Panjang

Salam semua,

Aku benar2 rasa perjalananku hari ini teramat panjang. Bukan hanya gambaran semata, tapi ini adalah sebuah realiti hidup/perjuangan yang akan kita lalui untuk mengejar matlamat yang Agung.

Mungkin sudah tertulis, kenderaan yg aku gunakan setiap hari terpaksa dimasukkan ke dalam wad utk beberapa hari. Maka bermulalah episod aku (seorang pembekal Jelly), menaiki kenderaan awam. Bukan nak berlagak, tapi aku dah lama tak naik. Tapi setidak-tidaknya aku merasai bagaimana org2 yg tak punya kenderaan sendiri bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Mungkin juga telah ditakdirkan bas yg aku tunggu tak sampai2 selepas 2 jam menanti PENUH HARAPAN. Kadang terpacul jugak rasa geram/marah dari sudut hati aku. Pikir2 balik, nak marah kat sapa? nak geram kat sapa?.So, hati aku kembali tenang. Barulah Allah nak duga dengan penantian 2 jam kat ............, bas tak sampai2.

Utk tak nak merumitkan keadaan lagi, aku buat keputusan utk menaiki bas yg hanya melalui hiway yg dekat dgn rumah aku (tak lah dekat sgt dlm 15km je). Keputusan harus dibuat memandangkan waktu dah dekat tengah malam. Lebih bagus drp terlepas semua bas! Alhamdulillah, aku sampai jugak. Oleh kerana dah agak lewat, mungkin dah takdir, aku tak dpt teksi. So, aku kuatkan semangat utk berjalan balik ke rumah. Dengan penuh harapan agar adalah org2 yg simpati/ teksi yg akan berhenti utk mempelawa aku masuk. Oh tidak, takda org yg sudi.... aku berjalan dan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang. Aku yakin, walau jauh mana pun matlamat aku, kalau aku terus menerus berjalan, lama-lama akan sampai jua. Setidak-tidaknya setiap langkah yg aku hayun beserta zikir kpd Allah, akan beroleh sesuatu, insyaallah. Aku yakin, waktu itu walau berseorangan di tgh malam gelita, Allah ada sentiasa. Terasa betapa hebatnya PENCIPTA MAKHLUK SEKIAN ALAM, kita? mmg teramat kerdil, terasa mcm tak berdaya diri ini, ini baru cobaan/dugaan yg kecil.


Alhamdulillah selepas 3 jam berjalan berseorangan di tgh2 mlm, aku sampai jugak kat 'istana' aku pada jam 3 pagi. Penat? mst penat, bohong la kalau tak penat. Tapi aku puas, TERLALU PUAS, sbb aku berjaya juga smp ke matlamat aku, yg aku kira terlalu jauh utk aku capai dgn hanya berjalan kaki.

Aku pasti sesuatu kejadian itu ada hikmahnya, perkara yg aku belajar hari ni,
Aku akan istiqamah dlm perjuangan di dalam perniagaan & hidup

Aku bersyukur diberikan nikmat berkenderaan sendiri
Akan 'lebih menghargai' rezki yg Allah beri
Aku bersyukur tak membuang masa menunggu bas
Berjanji dgn diri sendiri utk berjaya dunia & akhirat, agar byk harta utk membantu org2 susah & byk masa utk ibadah & famili

No comments: