Sunday, April 27, 2008

PERNIAGAAN : SATU PERJALANAN

Perniagaan Jelly Kelapa adalah suatu perjalanan yang masih panjang. Masih hijau & mentah di pasaran. aku berharap agar perjalanan yang masih panjang ini akan dipermudahkanNya. Idea yang lahir juga datang atas kehendak Allah Ta'ala. Kita sebagai hambaNya tidak punya apa2 melainkan hanya pinjaman untuk sementara sahaja. Aku bersyukur diberikan idea & kekuatan untuk menzahirkannya menjadi sebuah realiti. Aku yakin untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya pasti akan didatangkan dengan pelbagai cubaan & rintangan. Doa dipanjatkan kehadrat Allah Ta'ala agar dipermudahkan perjalanan panjang perniagaan ini.

Tiada siapa yang pasti sampai bilakah sokongan & permintaan terhadap produk ini akan berterusan. Semoga rakan kongsi/para pengedar terus diberikan kekuatan untuk menjadikan perniagaan ini lebih berjaya di masa2 hadapan. Buat isteri & keluarga tercinta, terima kasih kerana memahami aku & tetap memberi sokongan tanpa berbelah bagi atas usahaku selama ini. Kejayaanku adalah kejayaan kita semua, setidak-tidaknya aku dapat menghasilkan satu dessert alternatif yang insyaallah bersih & halal dari seorang muslim kepada muslim yang lain.

Akhir kata "Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang" (mafhum Ayat AlQuran)

Wallahu A'lam

No comments: