Saturday, May 24, 2008

Permintaan Tinggi Pada Hujung Minggu

Mengikut track rekod kami, permintaan Jelly Kelapa meningkat setiap hujung minggu. Permintaan ini didorong oleh tempahan majlis kenduri/keramaian. Nampaknya orang ramai dah mula menyukai Jelly Kelapa untuk hidangan pencuci mulut/buah tangan. Kalau dulu masa kenduri kawin org bagi bunga telor jer, sampai bila ada 4/5 kenduri serentak tak larat nak makan telor. last2 telor2 tu mak saya selalu masak sambal.... at least tak lah terbuang camtu aje. Sekarang orang dah mula bagi cake, cookie, jelly, sweets etc. lagipun makan telor byk2 pun tak berapa elok.

Buat masa ni memang capacity production jelly akan ditumpukan semasa weekend (jumaat - ahad). so far alhamdulillah masih lagi mampu untuk memenuhi permintaan. semoga trend hidangan jelly untuk majlis2 keramaian terus diterima oleh masyarakat kita... amin.

No comments: