Wednesday, May 21, 2008

Tempahan Jelly untuk kenduri sempena musim cuti sekolah masih diterima




Assalamualaikum,

Pihak kami masih membuka tempahan Jelly Kelapa sempena majlis kenduri semasa cuti sekolah yang akan bermula hari sabtu ni. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal untuk mengelakkan daripada kehabisan stok di saat2 akhir. Untuk pengetahuan semua, kami hanya menyimpan stok yang terhad untuk satu2 masa & pembuatan Jelly akan dilakukan sebaik tempahan diterima untuk memastikan kesegaran Jelly Kelapa kami.

Pihak kami dengan kerjasama MARDI senang membuat ujian ke atas Jelly Kelapa yang ditambah pengawet, ini bertujuan untuk memanjangkan tempoh hayat Jelly Kelapa daripada 5 hari kepada 2 minggu. Walau bagaimanapun pihak MARDI akan memastikan kelazatan & khasiat Jelly Kelapa kami tidak akan berubah selepas ditambah bahan pengawet yg dibenarkan.

Terima kasih atas sokongan daripada semua pelanggan selama ini. Kami akan mempertingkatkan kualiti produk & perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.

No comments: